Sunday 18 September 2011

pengenalan:apa itu kereta dan cara penjagaannya


Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.

Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang).
Sesebuah kereta terdiri daripada beberapa jenis sistem kenderaan untuk membolehkannya berfungsi. Sistem-sistem yang terdapat pada kereta adalah seperti berikut:-
  • Sistem bahan api - Sistem bahan api berfungsi bagi membekalkan bahan api petrol atau diesel kepada enjin. Kesemua enjin diesel menggunakan sistem suntikan bahan apimanakala hampir kesemua model kereta berenjin petrol terkini menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor.
  • Sistem ekzos - Berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin.
  • Sistem pelinciran - Berfungsi bagi melincirkan enjin untuk mengurangkan geseran serta mengurangkan kehausan bahagian utama enjin yang boleh mengakibatkan kerosakan pada enjin.
  • Sistem penyalaan - Berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar.
  • Sistem transmisi - Berfungsi untuk menghantar aliran kuasa enjin kepada roda pemacu. Sistem transmisi menyediakan pilihan nisbah gear yang bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Terdapat dua jenis sistem transmisi secara umumnya iaitu transmisi manual dan transmisi automatik.
  • Sistem elektrik - Berfungsi membekalkan arus elektrik yang diperlukan oleh sistem penyalaan, lampu-lampu utama dan lampu isyarat, serta peralatan elektrik yang lain.
  • Sistem penyejukan - Berfungsi menyejukkan enjin agar enjin dapat beroperasi pada suhu yang betul. Enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin yang terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.
  • Sistem kemasukan udara - Membekalkan udara bersih kepada enjin untuk pembakaran bahan api.
  • Sistem kerangka dan suspensi - Berfungsi menyokong enjin, pemandu, penumpang serta kenderaan itu sendiri. Sistem suspensi menyerap hentakan sepanjang jalan bagi keselesaan pemandu dan penumpang.

SISTEM BAHAN API JENIS SUNTIKAN



SISTEM BAHAN API KARBURETOR


SISTEM EKZOS


SISTEM PELINCIR


SISTEM PENYALAAN


SISTEM TRANSMISI


SISTEM ELEKTRIK


SISTEM PENYEJUKAN


SISTEM KEMASUKAN

SISTEM KERANGKA


SISTEM SUSPENSION


sesebuah kereta mempunyai banyak komponen,oleh itu ia mempunyai risiko kerosakan yang tinggi.setiap kerosakan yang berlaku boleh diatasi dengan sempurna jika kena dengan caranya.saya akan memberi sedikit nasihat tentang cara mengguna kenderaan yang betul bagi menggelakkan kerosakan.

1.RODA:
(A)tayar sangat penting bagi sesebuah kenderaan,tekanan angin tayar perlu di uji setiap sebulan kerana tekanan angin tayar akan berkurang 10kpa setiap bulan.
(B)rim juga memainkan peranan penting,ketika memandu elakkan daripada lopak .rim akan bengkok jika terjatuh ke dalam lubang dengan kelajuan yang tinggi
(C)pastikan keadaan bunga tayar masih elok.iaitu tidak kurang daripada 0.5 mm

2.ENJIN:
(A)periksa keadaan enjin sebelum memulakan perjalanan lihat sebarang kebocoran yang berlaku jika ada
(B)sukat kuantiti minyak pelincir berada dalam lingkungan yang ditetapkan,jika berkurangan terlalu banyak enjin tersebut mungkin mempunyai kebocoran samada luaran ataupun dalam seperti kebocoran piston ring dan lain-lain.

3.BREK:
(A)pastikan kuantiti minyak brek sentiasa berada pada tahap maksimum bagi menggelakan kenderaan mangalami masalah brek.jika brek gagal berfungsi kenderaan berada dalam keadaan tidak selamat.
(B)periksa pad brek untuk mengesan kehausan yang berlaku kerana jika pad brek haus ia akan menggagalkan kenderaan untuk berhenti dengan baik.


No comments:

Post a Comment